Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia akan mengekalkan perkhidmatan pengiring bagi mana-mana bekas perdana menteri yang sedang berhadapan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik kepada mereka akan terus dikekalkan sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.

“Sejak akhir-akhir ini, PDRM mengesan beberapa pihak yang mempertikaikan keistimewaan pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas perdana menteri.

“Khidmat kedua-dua pengiring berkenaan disediakan oleh PDRM berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237] berhubung keistimewaan bagi bekas perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan media pagi ini.

Tambah beliau, buat masa ini, PDRM memberikan perkhidmatan berkenaan kepada kesemua bekas Perdana Menteri Malaysia.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast