Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan . Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.

SERDANG – Seorang lelaki telah mengalami kecederaan selepas terkena tembakan dalam kejadian di sebuah bar di Bandar Puchong Jaya lewat malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam lebih kurang 8.45 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata,ketika kejadian mangsa yang berusia 56 tahun sedang minum di premis berkenaan.

Katanya, tembakan itu dilepaskan suspek berusia 56 tahun dan terkena pelanggan yang sedang berhibur di dalam premis tersebut.

“Mangsa telah mengalami kecederaan di belakang badan dan lengan kiri.

“Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Tambah beliau, siasatan awal polis mendapati suspek adalah penjawat awam dan mempunyai kebenaran iaitu lesen membawa senjata api.

“Siasatan juga mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi berlaku semasa kejadian di premis itu.

“Suspek kini sudah ditahan dan pistol yang digunakannya ketika kejadian turut dirampas bagi membantu siasatan polis,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast