Anand Vijayan

KUALA LUMPUR – unifi bersedia untuk memacu perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam pelan pendigitalan mereka dengan rangkaian
lengkap penyelesaiannya yang berfokuskan digital.

Ini susulan pengumuman kerajaan untuk menaikkan Geran Pendigitalan untuk PMKS kepada RM200 juta.

Peningkatan ini merupakan satu langkah besar yang tepat dan dijangka memberi impak yang ketara dalam memacu pendigitalan terutamanya ketika perniagaan memerlukan teknologi untuk mempercepatkan tempoh pemulihan mereka dan seterusnya.

Dalam tempoh pemulihan ini, unifi Business meletakkan dirinya sebagai pemacu pendigitalan pilihan untuk PMKS menerusi penyelesaiannya yang berfokuskan digital sambil memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dalam menyokong usaha kerajaan ke arah pendigitalan PMKS.

Pegawai Komersial, Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan berkata, PMKS harus menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk mempercepatkan perjalanan pendigitalan mereka dan unifi Business bersedia untuk memberikan sokongan.

“Keputusan untuk menaikkan geran pendigitalan kepada RM200 juta adalah satu langkah besar yang tepat dan kami bersedia untuk menyokong keperluan PMKS di Malaysia yang ingin mempercepatkan perjalanan pendigitalan mereka.

”Sebagai Rakan Penyedia Perkhidmatan Teknologi (TSP) yang dilantik oleh kerajaan di bawah Geran Pendigitalan PMKS, kami mempunyai rangkaian lengkap penyelesaian pendigitalan buat PMKS yang boleh membantu dalam setiap langkah perjalanan pendigitalan mereka,” kata Anand semasa sesi taklimat media yang diadakan secara maya hari ini.

Sejak unifi melancarkan inisatifnya yang tersendiri dengan memanfaatkan Geran Pendigitalan tersebut pada Ogos tahun ini, sambutan yang diterima daripada PMKS amat menggalakkan, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan jenama tersebut sebagai rakan digital pilihan dalam kalangan PMKS.

Pada masa ini, unifi memberi perkhidmatan kepada sebahagian besar ekosistem PMKS dengan lebih 375,000 peniaga PMKS melanggan penyelesaiannya di seluruh negara.

Di bawah Geran ini, usahawan PMKS boleh melanggan pakej penyelesaian unifi Business dengan penjimatan sehingga 50% selama 12 bulan.

Selain itu, unifi juga menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM1.5 juta bagi menggalakkan usahawan PMKS untuk mula mendigitalkan

Mohamad Yusman Ammeran

Sementara itu, Mohamad Yusman Ammeran, Ketua Segmen PKS unifi yang turut hadir pada sesi itu berkata maklum balas yang diterima daripada PMKS menunjukkan pendigitalan turut menjadi pemangkin dalam memulihkan perniagaan dan seterusnya berkembang maju.

”andemik telah mengubah landskap perniagaan di Malaysia dan pendigitalan adalah cara untuk terus melangkah ke hadapan. Kami melihat banyak perniagaan yang kami sokong dalam tempoh yang sangat mencabar ini telah menerima impak positif dan saya gembira melihat mereka bukan sahaja berjaya bangkit, malah telah berkembang maju hasil menggunakan penyelesaian pendigitalan kami meskipun berdepan cabaran,” kata Mohamad Yusman.

unifi memiliki pelbagai penyelesaian untuk memenuhi keperluan setiap PMKS yang berbeza, termasuk Microsoft 365 yang membolehkan perniagaan meningkatkan produktiviti dengan penyelesaian masa nyata untuk berhubung dan berkolaborasi pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Penyelesaian ini juga menawarkan akses kepada fail dalam masa nyata merentasi pelbagai peranti sambil memastikan tahap integriti data yang tinggi. – MalaysiaGazette