Gambar hiasan

ISLAMABAD – Seorang maut dan enam lagi termasuk kanak-kanak cedera selepas silinder gas meletup di bandar pelabuhan selatan dekat Karachi.

Insiden itu berlaku di dalam sebuah bangunan bertingkat di kawasan Lyari, kata polis.

Sebahagian bangunan kediaman itu rosak akibat letupan tersebut.

Punca letupan masih belum dipastikan tetapi besar kemungkinan akibat kebocoran gas.

Mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital berhampiran dan dirawat kerana kecederaan melecur yang teruk. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast