Razilah Daud (tengah) kelihatan sugul sambil ditenangkan jiran-jirannya semasa menanti kedatangan jenazah anaknya, Allahyarham Kapten Mohamed Afendi Bustamy di Taman Redan, Muadzam Shah hari ini.

ROMPIN – Allahyarham Kapten Mohamed Afendi Bustamy bukan sahaja dikenang sebagai pewira negara tetapi juga seorang anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya.

Tinjauan MalaysiaGazette ke kediaman kedua orang tuanya di Taman Redan, Muadzam Shah di sini mendapati mereka kelihatan tabah menghadapi kenyataan walaupun dalam keadaan sugul.

Ibunya, Razilah Daud, 52, mengakui belum bersedia untuk ditemubual media namun keluarga telah melantik ketua penduduk di kawasan itu sebagai jurucakap.

BACA: Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti

Ketua Desa Taman Redan Perdana, Muhammad Farid Wajdie berkata, arwah sejak bertugas dengan Tentera Udara Malaysia (TUDM) telah memberikan ‘kehidupan baharu’ kepada kedua orang tuanya.

BACA: Dua dentuman macam bom sebelum lihat api pada pesawat – Saksi

Menurutnya, arwah seorang anak yang baik dan mahu membalas jasa kedua ibu bapanya.

Inilah rumah yang dibelikan Mohamed Afendi kepada kedua orang tuanya di Taman Redan Perdana, Muazzam Shah.

“Arwah beli rumah di Taman Redan ini yang bernilai hampir RM300,000 kepada orang tuanya dan sebuah kereta Proton Saga kerana mengenangkan kesusahan yang pernah dirasai keluarganya.

“Arwah berkongsi kesenangan yang dimiliki kepada orang tuanya kerana beliau anak harapan yang menanggung keluarga menggantikan abang kandungnya yang lebih awal meninggal dunia,” kata Muhammad Farid.

BACA: Timbalan Panglima TUDM lawat mangsa pesawat terhempas

Tambahnya, arwah merupakan anak kedua daripada empat adik- beradik itu juga menanggung adik perempuan yang tinggal bersama ibu bapanya.

BACA: Mangsa korban pesawat Hawk pemenang Anugerah Green Endorsement TUDM

Menurut Muhammad Farid yang rapat dengan keluarga mangsa, kali terakhir Mohamed Afendi pulang ke Muadzam Shah pada Sabtu lalu namun tidak sempat bermalam di rumah orang tuanya.

Terdahulu, Kapten Mohamad Affendi maut dalam kejadian pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang berkhidmat sebagai jururawat di Kelantan.

Juruterbang itu belajar di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) pada 2008 dan mula berkhidmat pada 2013 lalu bersama TUDM.

BACA: Hishammuddin ucap takziah kepada keluarga anggota TUDM

Jenazah akan diterbangkan menerusi pesawat TUDM dari Butterwoth ke pengkalan TUDM dan melalui jalan darat ke Muadzam Shah.

Difahamkan, jenazah Kapten Mohamad Affendi akan tiba selepas Asar dan disembahyangkan di Masjid Muadazam Shah serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Muadzam Shah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang terbunuh, seorang cedera pesawat TUDM terhempas di Butterworth