Foto: Ihsan orang awam.

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan landasan Pengkalan Udara Butterworth malam ini.

TUDM yang mengesahkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku pada jam 10.07 malam dan ia sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung kejadian tersebut.

Berikutan itu, TUDM meminta semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih. – MalaysiaGazette