Dr. Mohd Yadzil Yaakob

AYER KEROH – Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr. Mohd Yadzil Yaakob menyokong pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau yang juga calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban percaya barisan calon dan kepimpinan PN di Melaka yang lain turut menyokong pemilihan calon mereka bagiĀ  kerusi Tanjung Bidara itu.

“Harapan saya sudah tentu mahu memastikan jentera PRN Melaka bagi PN akan terus fokus memantapkan barisan kepimpinan komponen parti,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan pemilihan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri Melaka dibuat pucuk pimpinan selepas mengambil kira pelbagai sudut pengalaman Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.

Menurutnya, ia pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita berkelayakan, profesional, muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan calon Ketua Menteri.- MalaysiaGazette