Anggota polis menurunkan mayat yang tergantung di jambatan di Bandar Cuauhtemoc, Mexico, Khamis, 18 Nov. 2021.- Foto Westport News

MEXICO – Pihak berkuasa Mexico menemui 10 mayat dan sembilan daripadanya tergantung pada jejantas di negeri Zacatecas yang merupakan lokasi pertempuran anggota kartel dadah.

Menurut kenyataan agensi keselamatan awam Zacatecas, mayat ditemui di Ciudad Cuauhtemoc, kira-kira 340 batu (550 kilometer) di utara Bandar Raya Mexico, lapor ABC News.

Mayat ke-10 ditemui di atas tanah dan kesemua mangsa adalah lelaki.

Kartel dadah mempamerkan mayat sedemikian secara terbuka untuk mengejek pesaing dan pihak berkuasa selain bertujuan menakutkan penduduk tempatan.

Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, Mexico merekodkan lebih 25,000 pembunuhan, 3.4% kurang berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, menurut data persekutuan. – ABC News