Para penyelamat sedang mengesan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam bangunan pangsapuri yang meletup di Kecioren. foto https://www.hurriyetdailynews.com

ANKARA – Dua maut dan empat lagi cedera selepas satu letupan berlaku di sebuah pangsapuri tiga tingkat di ibu negara Turki awal Jumaat.

“Kami menerima kematian seorang bapa dan anak kecil sebuah keluarga Turki-Iraq (Turkmen),” kata Gabenor Ankara Vasip Sahin kepada pemberita.

Lelaki yang meninggal dunia berusia 35 tahun manakala anaknya 2 tahun.

Seorang lagi anaknya berusia 5 tahun dalam keadaan kritikal dan isteri mangsa yang sedang mengandung sedang dirawat.

Letupan itu memusnahkan sebahagian bangunan di daerah Kecioren.

Dua warga Turki, keluarga Turkmen Iraq dan keluarga Afghanistan tinggal di apartmen itu.

“Mujur satu keluarga Afghanistan tiada di rumah semasa kejadian, kata gabenor lagi.

Punca letupan belum diketahui tetapi bangunan itu menggunakan gas asli cecair dan gas cecair petroleum. – Xinhua