Pengundi membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di SK Ramuan China Besar, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Sehingga jam 4 petang tadi, jumlah peratusan yang keluar mengundi  sebanyak 61 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Proses pengundian PRN telah bermula 8 pagi tadi dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, di bawah kendalian 12,290 petugas pilihan raya di 28 kerusi DUN sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang. – MalaysiaGazette