Datuk Kalsom Nordin (kiri) dan Farzana Hayani Mohd. Nasir.

KUALA LUMPUR – Calon termuda Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani Mohd. Nasir tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka malam tadi.

Farzana, 21, hanya mendapat 1,356 undian di DUN tersebut berbanding calon Barisan Nasional (BN), Siti Faziah Abdul Azis yang memperoleh 3,801 undian.

Seorang lagi calon, Muhammad Jefri Safry daripada Perikatan Nasional (PN) pula mendapat 2,664.

Sementara itu, calon tertua bagi PRN Melaka, Datuk Kalsom Nordin yang mewakil Barisan Nasional merupakan antara lima calon wanita yang menang dalam persaingan merebut kerusi DUN negeri itu.

Kalsom, 68, yang dikenali sebagai Kak Som merampas kerusi yang sebelum ini disandang Datuk Norhizam Hassan Baktee atau terkenal dengan jolokan YB Viral yang bertanding atas tiket Bebas bagi PRN kali ini.

Beliau yang pertama kali bertanding merupakan calon tertua dalam PRN Melaka menang dengan majoriti 131 undi dalam saingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu menewaskan calon PH, Muhamad Danish Zainudin, Mohd Azrudin Md Idris (PN), Dr Mohd Aluwi Sari daripada parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Norhizam. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kebulur lama dah tak dapat kuasa tak dang nak tunggu esok. Pukul satu pagi pun kena tunai janji kalau tunggu mungkin tak jadi dapat kat orang lain. .menang dah tahu dah geng penipu tak boleh pegang janji buat tak endah nanti tak dapat……

Comments are closed.