Calon Barisan Nasional N.25 Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) di Markisa Cafe Chin-Chin, Jasin Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ 18 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Dira Abu Zahar kini mucul selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25- Rim malam tadi.

Dira atau Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berjaya menewaskan dua lagi calon lain di kawasan tersebut.

Dira yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menang dengan majoriti 1,327 menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh undian sebanyak 4,037 undi.

Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Rahman (PN) meraih sebanyak 2,710 undi manakala Prasanth Kumar (PH) dengan 2,163 undian.

Dira berjaya mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Dira sebelum ini membintangi banyak naskah hebat antaranya Tahajud Cinta, Dahlia, Chow Kit dan Longkai. – MalaysiaGazette