Gambar hiasan

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Johor menerusi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan memberi insentif petrol secara sekali  bayar (one-off) berjumlah RM150 kepada pemandu e-hailing dan pemandu teksi.

Menteri Besarnya, Datuk Hasni Mohammad berkata, jumlah itu melibatkan 15,051 pemandu e-hailing dan teksi yang berdaftar di negeri itu.

“Selain itu, sebanyak RM100 untuk setiap 4,455 penghantar makanan dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM2.7 juta,” katanya  pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.

Jelas Hasni, bantuan itu berupaya menggiatkan aktiviti ekonomi di negeri ini yang semakin meningkat.- MalaysiaGazette