Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Kekalahan Pakatan Harapan (PKR) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencetuskan seruan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat KR, Rafizi Ramli untuk kembali ke pentas politik.

Tinjauan mendapati bukan sahaja dalam kalangan akar umbi PKR, malah akar umbi Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP juga turut menyeru agar ‘arkitek’ kemenangan PH pada PRU-14 itu kembali ke lapangan membantu PH kembali ke landasan, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Razeef Rakimin.

Dakwanya, Rafizi sebelum ini menjadi arkitek di sebalik penubuhan PH dan antara individu yang membantu penubuhan PAN bagi menggantikan Pas yang dikatakan bersekongkol dengan UMNO pada ketika itu.

Rafizi melalui Invoke di bawah seliaan beliau telah turun ke lapangan dan melalui gerak kerja beliau berjaya membantu PH menumbangkan BN yang telah mentadbir selama enam dekad.

”Namun setelah berjaya menawan Putrajaya pandangan dan kritikan Rafizi mula ditolak pimpinan PH.

”Teguran Rafizi berkaitan ‘kartel’ dalam PKR juga tidak diendahkan sehingga berlaku Langkah Sheraton yang menyaksikan pengkhianatan ‘kartel’ dalam PH dan tumbangnya kerajaan PH yang hanya memerintah selama 22 bulan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Razeef berkata, keputusan PRN Melaka menyaksikan PH kehilangan lapan kerusi yang disandang iaitu tiga kerusi dari PKR, empat dari DAP manakala satu kerusi dari Amanah.

Ini merupakan kekalahan paling teruk dialami PH terutama PKR yang tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandingi.

Dapatan di media sosial terutama Facebook memdapati akar umbi PH mahu Rafizi kembali ke politik dan membantu PH bagi menghadapi PRN Sarawak yang dijangka berlansung pada bulan Disember ini.

Rata-rata pengguna Facebook menyatakan Rafizi perlu segera kembali dengam strategi yang beliau ada atau PH akan tersungkur pada PRU-15 akan datang. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Fitnah yang sedia ada belum terhapus nak minta tambah fitnah baru pulak… Rafizi bapa segala fitnah

  2. punah hara PAN khianat bersama ANWARFIKUN ….RM90JUTA….RM1.4JUTA DALAM PAS….RM30JUTA mp2 telah DIBELI oleh PN…..FITNAH YANG TIADA BERPISAH PADA mereka,

    kenapa hebatnya konon AURA ANWAR dan Mat saburabut…tidak dicalonkan prn melaka….wan azizah pun dapat menjilat ADUN dalam LANGKAH KAJANG hingga TS kHALID IBRAHIM terus diFITNAHH

Comments are closed.