Ahmad Shahir Makhtar.

 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi pengecualian dan pengurangan sewa kepada 107 penyewa premis/tanah miliknya membabitkan nilai keseluruhan sewaan sebanyak RM1,123,545.90.

Bantuan pengecualian dan pengurangan sewa ini kepada penyewa-penyewa premis/tanah MAIS yang terkesan melibatkan peniaga runcit/peniaga industri kecil dan sederhana sepanjang bulan Januari sehingga Ogos 2021 berikutan penularan wabak Covid-19, kata Setiausaha MAIS, Ahmad Shahir Makhtar.

MAIS mengambil inisiatif dengan memberi bantuan pengecualian sewaan kepada penyewa-penyewa yang didapati terkesan terutama golongan B40, peniaga-peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan, mereka yang dibuang kerja dan individu yang hilang punca pendapatan.

Manakala pengurangan sewaan membabitkan potongan sewa sebanyak 50% atau 30 % kepada penyewa-penyewa yang terpilih berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sebelum ini.

MAIS berharap dengan pengecualian sewaan ini dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang terjejas hasil pendapatan akibat daripada pelaksanaan PKP dan penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette