Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin Timbalan Naib Canselor UPSI bergambar dengan Nurul Ayda Yusnira Ramlee.

KUALA LUMPUR – Nurul Ayda Yusnira Ramlee menerima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby kerana bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan, kepimpinan dan sahsiah yang cemerlang.

Nurul Ayda merupakan satu-satunya graduan sempena Istiadat Konvokesyen kali ke-22 yang menerima anugerah khas kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby
dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1, 000.

Beliau merupakan graduan ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2017/2018 dan sidang 2018/2019 sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di UPSI.

Nurul Ayda mendapat sokongan penuh daripada ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang turut hadir untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) apabila bergraduat kelak dalam pengajian sarjana dan kembali berbakti di Ibu Kandung Suluh Budiman suatu hari nanti.

Dato Seri Ahmad Burak, Ahli Lembaga Pengarah UPSI yang meraikan kejayaan Nurul Ayda menasihatinya supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD kerana pada era ini, pelbagai peluang yang terbentang luas dan pelbagai cara untuk memohon bantuan bagi melanjutkan pelajaran jika kita tidak mempunyai wang yang mencukupi. – MalaysiaGazette