Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan siapa sebenarnya musuh Pas.

Persoalan itu dibuat susulan kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhil Shaari yang mendakwa parti itu dan Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan sebagai pasukan yang dilihat ‘underdog’

Walaupun telahan awal menjangkakan PN akan ‘bungkus’ di semua kerusi.

Menurutnya, ternyata PN berjaya merampas dua kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.

”Patutnya tidak perlulah bernada angkuh nak gugat kubu kuat BN atau tidak. Lagipun bukankah Pas berulang kali sebut nak lawan DAP-PH?,” soal Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Tegasnya, kenyataan Ahmad Fadhil itu membuatkan UMNO keliru mengenai siapa musuh Pas.

Tambah beliau, jika Pas terima pelawaan UMNO tempoh hari, sudah tentu Pas akan punya wakil di tiga DUN dengan mudah termasuk DUN Bukit Katil yang sejak dari awal ditawarkan UMNO bagi mengalahkan calon Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan musuh tradisi mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.