Zeti Akhtar Aziz
Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR – Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Tawfiq Ayman akan menimbulkan banyak misteri jika Peguam Negara tidak mengambil tindakan segera, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Apatah lagi kerajaan sudah mengetahui penglibatan Tawfiq yang juga suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 2019.

Pertama, kenapa akaun dan aset Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya tidak dibekukan seperti mana orang lain walaupun ada pihak yang menerima terima RM100,000 sahaja.

Kedua, kenapa RM65 juta sahaja yang dipulangkan.

”Apakah tidak ada baki yang lain. Benarkah jumlahnya melebihi RM65 Juta? Kenapa keluarga Zeti tidak disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)?

”Ketiga, dari segi keadilan kenapa maklumat penting ini tidak diberikan kepada pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak semasa perbicaraan kes SRC Internasional dulu.

‘Keempat, dan kenapa di saat akhir Zeti dan Tan Nor Mohamed Yakcop tidak dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwa dalam kes SRC itu?

”Keenam, kenapa Nor Mohamed tidak disiasat. Dia yang “setup” SRC. Dia yang urus kelulusan pertama pinjaman RM2 bilion dari KWAP untuk SRC,”

“Terlalu banyak misteri,” ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini. – MalaysiaGazette