FLINT, Michigan – Seorang wanita berusia 55 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut dalam insiden letupan dan kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Michigan.
Kebakaran menyebabkan merosakkan beberapa rumah lain manakala letupan mengakibatkan serpihan jatuh ke kawasan kejiranan, kata pihak berkuasa.
Tiga rumah di sebelah barat Flint terbakar sepenuhnya apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian selepas jam 9.30 malam Isnin, lapor ABC News.
Para pegawai berkata, kira-kira 20 rumah mengalami kerosakan, termasuk tingkap pecah akibat serpihan yang terpelanting ke seluruh blok akibat letupan itu.
Pihak berkuasa berkata, mereka menemui mayat kanak-kanak di dalam runtuhan rumahnya.
Ketua Bomba Flint, Raymond Barton berkata, anjing pengesan dan kru bomba menemui mayatnya.
Wanita berusia 55 tahun yang tinggal di rumah jiran meninggal dunia di hospital manakala seorang lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan kritikal.
Seorang wanita yang berada di dalam rumah dipercayai ibu kanak-kanak itu melecur tetapi kecederaannya tidak mengancam nyawa. – ABC News