Friday, April 26, 2024
Home Nasional Kembalikan GST, ramai yang sokong SST sudah menyesal

Kembalikan GST, ramai yang sokong SST sudah menyesal

dethroned Tajuddin Abdul Rahman UMNO Supreme Council member sacked Mohamad Hasan GE15
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan agar mengembalikan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau berkata, golongan yang sebelum ini menolak GST dan memilih untuk melaksanakan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah sedar dan menyesal dengan kesilapan yang dilakukan.
“Bolehkah kita kembalikan sistem percukaian ini daripada SST kepada GST?
“Kalau boleh, kita perkenalkan semula cukai GST ini dengan segera, maka kita boleh mengharapkan peningkatan hasil kepada kerajaan.
“Saya rasa, ramai yang menyokong termasuk pihak yang dahulunya tidak menyokong GST pun sekarang ini sudah menyesal dan sedar akan kesilapan mereka itu,” katanya.
Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen seperti Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) dan badan pemantauan ekonomi, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) mencadangkan supaya GST kembali dilaksanakan di negara ini.
Pada akhir tahun lalu, kerajaan telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelaksanaan semula GST. – MalaysiaGazette