The Special Dewan Rakyat Sitting at the Parliament in Kuala Lumpur. PIX COURTESY OF THE DEPARTMENT OF INFORMATION / 26 JULY 2021. motion of confidence motions no confidence Supply Bill 2022 Budget
Dewan Rakyat - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelan strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) kepada Menteri Kewangan ketika sesi pertanyaan lisan.

Turut terkandung dalam sesi itu soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) meminta penjelasan Menteri Pertanian dan Industri Makanan mengenai langkah kerajaan dalam menangani perubahan iklim yang memberi kesan kepada industri pertanian termasuk penanaman padi.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang bertanyakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung kesediaan kementerian menyegerakan pindaan undang-undang sedia ada bagi menjadikan antun seksual sebagai jenayah di Malaysia.

Selepas sesi itu, persidangan diteruskan dengan menyambung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Semalam, sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi hari kedua melibatkan Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Luar.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara sebanyak RM342 juta menerusi undi suara selepas mendapat lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM760,304,100 yang diperuntukan kepada Kementerian Luar dalam Bajet 2022 juga diluluskan dengan lebih suara menyokong.

Dewan Rakyat bersidang hingga 16 Disember ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast