Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera, Pahang yang dijadual tamat esok, dilanjutkan hingga 2 Dis.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, lanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penelitian risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

“Seterusnya, PKPD di Felda Chini 3 Mukim Penyor di Pekan, Pahang yang bermula pada 12 Nov lepas akan ditamatkan esok seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD hari ini. – MalaysiaGazette