Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen, RSN Rayer (PH-Jelutong) kembali menimbulkan kontroversi selepas diarahkan keluar Dewan Rakyat gara-gara mengingkari arahan supaya tidak mengganggu sesi penggulungan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon membuat keputusan itu denga mengarahkan beliau keluar Dewan Rakyat selama 20 minit.
Rayer sebelum itu enggan duduk dan tidak berhenti mengganggu perbahasan Tengku Zafrul apabila diminta berbuat demikian walaupun amaran sudah diberikan.

Arahan itu dibuat selepas Rayer berulang kali mendesak Tengku Zafrul menjawab kenapa Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) tidak disenaraihitam dan masih dibenarkan ke luar negara walaupun gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Saya sudah cakap tadi, saya minta Bentara iring Jelutong keluar rehat di luar selama 20 minit. Saya minta maaf. Bentara sila iring Jelutong keluar. Terima kasih Jelutong,” kata Mohd Rashid.

Tindakan Mohd Rashid itu menimbulkan sedikit kekecohan apabila Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mempersoalkan arahan terbabit dan meminta supaya Timbalan Speaker tidak menggunakan kuasanya.

Malah, beberapa Ahli Parlimen pembangkang turut berdiri mempersoalkan keputusan Mohd Rashid itu.

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Rayer sekali lagi berdiri dan terus mendesak ketika Zafrul ingin menjawab isu lain. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MP mcm monyet….suka terjerit2 cari perhatian… nasib baik dia kat penang… selamat sbb majoriti Cina… kalau kat lembah Klang, memang sepenggal je la jd MP….

Comments are closed.