Tarikh vaksin luput untuk individu yang menerima vaksin dalam aplikasi Mysejahtera sedang diambil tindakan oleh KKM.

KUALA LUMPUR – Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) menerima aduan berkenaan vaksin melepasi tarikh luput semasa penerimaan suntikan.

Ia berdasarkan paparan maklumat tarikh vaksinasi dan tarikh luput vaksin dalam aplikasi MySejahtera bagi suntikan kedua vaksin AstraZeneca.

“Aduan 1 adalah mengenai suntikan dos kedua diterima pada 14 Julai 2021 yang mana tarikh luput vaksin yang terpapar adalah 30 Jun 2021 dengan nombor kelompok vaksin: A1013

“Manakala aduan kedua membabitkan suntikan dos kedua diterima pada 19 Julai 2021 dengan tarikh luput vaksin yang terpapar adalah 30 Jun 2021 bersama nombor kelompok vaksin: A1013,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah PPF lagi, hasil semakan dengan pentadbir  sistem pengurusan vaksin (VMS) dan sijil lot release yang dikeluarkan oleh NPRA bagi nombor kelompok A1013, vaksin Astra Zeneca (sebagaimana aduan yang diterima), mendapati tarikh luput bagi kelompok tersebut ialah 31 Oktober 2021 dan bukannya 30 Jun 2021.

“Program ini sedang membuat semakan dengan pentadbir sistem MySejahtera untuk maklumat lanjut.

“Selain itu, dimohon agar pengadu dapat menjana sijil digital dalam format PDF dan dikemukakan kepada e-mel: [email protected], untuk siasatan terperinci,” tegas pihak itu lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast