Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Jan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan di Raub, Pahang akan bermula pada 28 Nov hingga 11 Dis.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti itu.

“Prosedur operasi standard bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook malam ini. – MalaysiaGazette