EPF employees Provident Fund total lockdown closure
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2021, tengah hari esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Sekerja lndustri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (KSIEWUSM) hari ini menggesa kerajaan  melaksanakan tiga langkah pembetulan menangani isu kemerosotan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ekoran pengeluaran besar-besaran menerusi pakei rangsangan.

Setiausaha Agungnya, Divid Arulappe berkata, pihaknya memandang serius kegusaran Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir mengenai risiko majoriti ahli KWSP berkemungkinan akan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat Covid-l9 telah memburukkan keadaan sekali gus menyebabkan jumlah simpanan yang tidak mencukupi.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu dengan segera melaksanakan membatalkan keputusan melanjutkan pelaksanaan pengurangan kadar caruman ekoran Covid-19 yang dikatakan dilaksanakan untuk mengurangkan beban rnajikan dan pekerja.

Selain itu pihaknya mahu kadar caruman di kedua-dua pihak pekerja dan majikan dinaikkan mulai 1 Januari 2022 bagi meningkatkan kadar simpanan jangka panjang.

“Ketiga, kerajaan perlu memperuntukkan sumbangan pengganti bagi mengisi semula simpanan para ahli KWSP yang telah mengeluarkan lebih RM101 bilion atas nama bantuan kewangan di bawah pakej rangsangan sejak tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu lalu, Ahmad Badri berkata, KWSP gusar mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat Covid-19 memburukkan keadaan menyebabkan jumlah simpanan mereka tidak mencukupi.

Kata Ahmad Badri, perkara ini bukan hanya memudaratkan kehidupan individu tetapi landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya juga mencabar.

Beliau berkata, pada masa ini, kira-kira 48 peratus pencarum KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal dan ia merupakan satu peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan amat kritikal berbanding sebelum pandemik.

Sehubungan itu, Divid berkata, kenyataan Pengerusi KWSP itu cukup merisaukan dan menggusarkan kepimpinan kesatuan sekerja.

Oleh itu, katanya, sebagaimana disebutkan oleh Pengerusi KWSP, perlindungan sosial adalah hak asasi manusia untuk semua merangkumi semua bentuk pekerjaan, sama ada sektor formal atau tidak.

Pada Isnin lepas, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menggesa kerajaan memulangkan wang dikeluarkan pencarum KWSP B40 dan M40 melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra demi perlindungan ahli selepas persaraan.

Divid berkata, pihaknya menggesa kerajaan yang bersandarkan kepada slogan Keluarga Malaysia memandang serius kegusaran Pengerusi KWSP dan beberapa kesatuan termasuk NUBE baru-baru ini.

Beliau menambah, kesatuannya juga bersetuju  mempertahankan hak asasi para pekerja daripada segi perlindungan sosial yang lengkap termasuk mempunyai pendapatan yang selesa untuk hidup selepas bersara.

“Kedua-dua pihak Kerajaan Pusat dan KWSP bertanggungjawab dalam memastikan perkara ini berlaku,” katanya.

Tambah beliau, amanah itu telah diletakkan pada KWSP, sebagai salah satu agensi utama berkaitan masa depan pekerja dan berada di penyeliaan dan pemerhatian kerajaan pusat.

Menurut beliau, matlamat utama penubuhan KWSP menyediakan satu skim simpanan untuk waktu persaraan pekerja dan pengurusan simpanan untuk lujuan persaraan dan untuk perkara-perkara berkaitan yang diurus kelola di bawah Akta KWSP 1991.

“Maka, Kerajaan dan KWSP tidak wajar lari atau terkeluar dari tanggungjawab berkanun ini,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hairan kann kewangan pencarum merosot kerana pengeluaran i-Sinar atau i-Citra sedangkan KWSP menggunakan wang pencarum dalam pelbagai pelaburan..kemana pergi semua itu.
    Jika RM10.00 pencarum digunakan selama sebulan dalam pelaburan sehingga 30 tahun,Berapakah pulangan yang dapat oleh pencarum.
    Alasan pelbagai sepatutnya tidak ada jika pengurusan KWSP benar-benar jujur dalam menggunakan duit pencarum KWSP.
    Apakah perniagaan atau pelaburan yang dilakukan sehingga menyebabkan kerugian dan siapa perlu bertanggungjawap?
    Kegagalan memberi tahu akan dituntut di hadapan Tuhan nanti melainkan pengurusan KWSP yang tiada perasaan atau HATI.

    Keuntungan tahunan KWSP yg diberikan kepada pencarum-pencarum adalah tidak sepadan terutama kepada mereka-mereka yang tidak pernah mengeluarkan sesen duit KWSP sehingga umur 50 tahun atau 55 tahun.
    Kesatuan Sekerja patut mengkaji kembali halatuju KWSP dan meminta pihak kerajaan memastikan Wang Pencarum KWSP tidak disalahgunakan terutama menyelamatkan syarikat2 yang bermasalah,
    Keuntungan yang sebenar kena tunjuk kerana setiap pencarum bukan mempunyai nilai simpanan yang sama.

Comments are closed.