Former Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak arrives at the Kuala Lumpur Courts Complex for his 1Malaysia Development Berhad (1MDB) corruption trial. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 27 MAY 2021. misappropriation of RM2.28 billion 1MDB
Najib dijangka hadir di Balai Polis Dang Wang jam 11 pagi untuk membuat laporan.- Gambar hiasan,

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini pagi ini.

Setakat ini, media tidak pasti laporan itu dibuat mengenai apa tetapi bekas Perdana Menteri itu dijangka hadir di balai polis berkenaan pada kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum ini, pada 8 September lalu, Najib membuat laporan polis terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas menerima maklumat pegawai jabatan itu menerima tekanan dari ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Beliau mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu. – MalaysiaGazette

Berita selanjutnya menyusul..