Para penumpang dari penerbangan Afrika Selatan yang tiba di Amsterdam dikenakan saringan ketat. foto Reuters

AMSTERDAM – Seramai 61 orang yang tiba di Amsterdam dengan dua penerbangan dari Afrika Selatan telah diuji positif Covid-19

Mereka telah ditempatkan secara berasingan di sebuah hotel berhampiran lapangan terbang Schiphol.

Mereka adalah antara kira-kira 600 penumpang yang ditahan selama beberapa jam selepas ketibaan semasa mereka diuji untuk virus itu.

Pihak berkuasa kesihatan Belanda berkata, Omicron, yang dilabelkan pada hari Jumaat sebagai varian kebimbangan, “mungkin ditemui dalam beberapa orang” yang diuji positif.

Negara Eropah lain, termasuk United Kingdom dan Jerman, telah mengesahkan kes varian Omicron.

Varian itu pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari Afrika Selatan pada hari Rabu, dengan bukti awal menunjukkan ia mempunyai risiko jangkitan semula yang lebih tinggi.

Banyak negara di seluruh dunia telah mengehadkan perjalanan dari wilayah selatan Afrika.

Sementara itu, Belanda adalah salah satu daripada beberapa negara Eropah yang bergelut untuk membendung jangkitan Covid-19.

Penutupan separa akan dilanjutkan pada hari Ahad, dengan semua hotel dan tempat kebudayaan terpaksa ditutup antara jam 5 petang hingga 5 pagi sekurang-kurangnya sehingga 19 Disember. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast