Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinovac kepada remaja dalam program vaksinasi Covid-19 Selvax Remaja di Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya Klang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 24 OKTOBER 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Sebanyak 96.1 peratus atau 22,504,497 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,044,851 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 88.2 peratus atau 2,776,260 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 84.7 peratus atau 2,664,877 individu remaja telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 54,526 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 4,737 suntikan dos lengkap, 2,522 dos pertama dan 47,267 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,185,334 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,194,849. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast