Hanya 24% penduduk Afrika Selatan sudah divaksin. foto Reuters

JOHANNESBURG – Afrika Selatan mendakwa negara itu sedang dihukum – bukannya dipuji – kerana menemui Omicron, varian baharu Covid-19 yang membimbangkan.

Bukti awal menunjukkan Omicron mempunyai risiko jangkitan semula yang lebih tinggi.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, ketika ini negara-negara di seluruh dunia mengehadkan perjalanan ke Afrika Selatan susulan varian baharu itu dan mengkritik sekeras-kerasnya larangan perjalanan itu.

“Sains yang cemerlang harus dipuji dan bukan dihukum,” katanya.

Larangan itu “sama seperti menghukum Afrika Selatan kerana penjujukan genomik lanjutan dan keupayaan untuk mengesan varian baharu dengan lebih cepat”.

Kenyataan itu menambah, tindak balas telah berbeza sama sekali apabila varian baharu ditemui di tempat lain di dunia.

Seorang pegawai Kesatuan Afrika memberitahu BBC negara maju harus dipersalahkan atas kemunculan varian itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Jumaat lalu berkata, varian baharu itu “membimbangkan”.

Beberapa kes kini telah dikenal pasti di Eropah – dua di United Kingdom (UK) dua di Jerman, satu di Belgium dan satu lagi di Itali.

Kes juga disyaki ditemui di Republik Czech.

Israel turut mengesahkan menemui varian baharu itu lalu memutuskan untuk melarang semua warga asing memasuki negara itu mulai tengah malam Ahad.

Langkah itu akan berlangsung selama 14 hari, menurut Times of Israel.

Kes omicron juga telah dikesan di Botswana dan Hong Kong.

Beratus-ratus penumpang yang tiba di Belanda dari Afrika Selatan sedang diuji untuk varian baharu itu.

Kira-kira 61 orang dalam dua penerbangan KLM positif Covid-19 dan telah dikuarantin di sebuah hotel berhampiran lapangan terbang Schiphol Amsterdam sementara mereka menjalani ujian lanjut, kata pegawai Belanda.

Belanda kini sedang bergelut dengan lonjakan kes yang memecahkan rekod.

Sekatan pergerakan separa berkuat kuasa di sana pada petang Ahad. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast