KUALA LUMPUR – Rumah tangga dibadai ombak lagi, pelantun lagu Janji Manismu, Aishah mengaku tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan yang lalu.

Walaubagaimanapun, Wan Aishah Wan Ariffin, 56 tahun enggan mendedahkan punca pergolakan rumah tangga yang dibinanya sejak lima tahun yang lalu.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Mendirikan rumah tangga kali keempat, Aisyah berkata seperti wanita lain beliau juga mengimpikan masjid yang dibinanya bersama suami berkekalan.

“Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat,”tambahnya.

Mengaku membuat pendedahan keretakan rumah tangga menerusi Instagram, Aisyah berkata, ini adalah lumrah apabila menjadi selebriti.

“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG).

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” kata juara program realiti, Gegar Vaganza musim keempat itu lagi.

Terdahulu, Aisyah mengaku perkahwinannya ini adalah kali yang keempat.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast