Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 turun hari ini berbanding semalam kepada 4,239 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes positif yang dicatatkan sehingga jam 12 tengah hari tadi turun sebanyak 858 kes.

“Pada 28 November 2021, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 4,239 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,623,816 kes,” ciap Noor Hisham di Twitter beliau hari ini.

Semalam jumlah kes positif Covid-19 turut sebanyak 404 kes pada 5,097 kes. – MalaysiaGazette