Orang ramai duduk di bahagian ketibaan terminal antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith pagi selepas Australia melaksanakan larangan masuk ke atas bukan warganegara dan bukan pemastautin yang bertujuan untuk mengekang penularan penyakit koronavirus (COVID-19) di Sydney, Australia, 21 Mac 2020.- Foto Reuters

MELBOURNE – Australia mengesahkan dua orang yang tiba dari Afrika Selatan hujung minggu lalu telah diuji positif untuk varian Omicron.

Pegawai kesihatan di New South Wales (NSW) berkata, kedua-dua penumpang itu tiba di Sydney pada petang Sabtu dan disahkan positif Covid-19 sebelum disahkan varian Omicron pada Ahad.

Australia kini menyertai Britain, Jerman dan Itali dalam mengesan kes Omicron pada hujung minggu apabila lebih banyak negara mengenakan sekatan ke atas perjalanan dari Afrika.

Bagaimanapun, kedua-dua penumpang di Australia itu tidak menunjukkan gejala, menerima vaksin lengkap dan dikuarantin, kata NSW Health.

Seramai 12 lagi penumpang dari Afrika Selatan juga juga dikuarantin selama 14 hari kuarantin di hotel.

Manakala kira-kira 260 penumpang dan anak kapal lain telah diasingkan bagi tujuan yang sama.

“Kontak rapat akan dihubungi secara berkala dan pemeriksaan akan dilakukan,” kata jabatan kesihatan dalam satu kenyataan.

Memetik laporan dari Reuters, Australia mengenakan sekatan baharu pada hari Sabtu ke atas mereka yang pernah ke sembilan negara Afrika Selatan kerana varian yang sangat menular itu menimbulkan kebimbangan berlakunya mengenai gelombang wabak yang lain.

Negara-negara tersebut ialah Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe, Botswana, Lesotho, Eswatini, Seychelles, Malawi dan Mozambique.

Australia awal bulan ini melonggarkan sekatan sempadan antarabangsanya buat kali pertama semasa wabak, membolehkan penduduk yang diberi vaksin sepenuhnya pulang ke negara itu tanpa kuarantin selepas tahap vaksinasi yang lebih tinggi.- Reuters