Solihan Badri

JOHOR BAHRU – Pengesanan seorang lelaki positif Covid-19 yang menjadikan kes pertama melibatkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Darat Malaysia-Singapura  hari ini membuktikan sistem keselamatan yang dilakukan berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastuktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, kes itu dikesan di pintu masuk Stesen Bas Larkin Sentral menerusi ujian RTK-Antigen yang dilakukan.

Difahamkan lelaki terlibat merupakan penumpang bas pertama VTL Darat yang tiba 9.13 minit pagi tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 21 tahun itu sudah membuat ujian saringan di Singapura sebelum bertolak dan keputusan awalnya  negatif.

“Bas yang pertama tadi ada seorang positif,  kita dah asingkan untuk kuarantin seterusnya, mangsa lelaki 20-an dan negatif semasa di Singapura tetapi positif di sini.

“Ia menunjukkan sistem kita berkesan dan setakat ini yang telah sampai dari Singapura ada 350 orang cuma satu kes menunjukkan satu cara kaedah berkesan kesan kes ini, kita anggap satu kes import bagi negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat tinjauan ketibaan pengembara VTL Darat di Larkin Sentral, Johor Bahru hari ini.

Solihan berkata, lelaki terbabit telah pun dibawa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk ujian saringan PCR dan kuarantin di pusat kuarantin berhampiran.

Katanya lagi, pengesahan kes positif bukan satu perkara baharu malah kerajaan negeri yakin mampu berdepan cabaran dalam membendung penularan pandemik.-MalaysiaGazette

ARTIKEL  BERKAITAN:

Kes pertama positif Covid-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan – Khairy