Saturday, December 14, 2024
Home Seni Hidup Dilarang mendaki di Hutan Simpan Kekal Selangor mulai esok

Dilarang mendaki di Hutan Simpan Kekal Selangor mulai esok

Foto Ihsan: KELAB MEDIA PAHANG.
KUALA LUMPUR – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini bermula esok hingga 31 Januari 2022.
Menerusi notis yang dimuat naik dalam Facebook rasmi JPNS, Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata, pelanggaran terhadap notis tersebut akan diambil mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
Ahmad Fadzil ketika dihubungi berkata, larangan tersebut dibuat bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan dalam kalangan pendaki pada musim tengkujuh ketika ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast