Md Alwi Che Ahmad

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), mengumumkan pelantikan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad sebagai Pengerusi baharu, berkuat kuasa 1 Disember 2021 bagi tempoh dua tahun.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Kelantan, Datuk Seri Sr. Haji Md
Alwi sebelum ini, telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan dari
1990 hingga 1992 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dari 1993
hingga 1999, sebelum menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dari 2007
hingga 2009.

Sebelum berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau pernah menjadi
Ahli Parlimen Ketereh dari 2004 hingga 2008.

Sebagai antara tokoh penting dalam membasmi kemiskinan, beliau telah memainkan peranan sebagai Pengerusi Yayasan Kemiskinan Kelantan sejak 1993.

Md Alwi juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengerusi Silver Ridge Berhad dari 2004 hingga 2008, Syarikat Permodalan Risda Berhad dari 2006 hingga 2016 dan Lembaga Kemajuan Pertanian KEMUBU (KADA) dari 2014 hingga 2018.

Beliau ketika ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak 2020.

Berpengalaman sebagai juruukur tanah berlesen profesional, Datuk Seri Sr. Haji Md
Alwi juga merupakan Prinsipal Firma Perundingan AA Geomatics and Survey dan
Felo Institut Juruukur Malaysia.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Tinjauan & Pemetaan) dari
Western Australian Institute of Technology Perth (kini Curtin University) dan Ijazah
Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM); selain latihan
profesional dalam Hydrography and Seabed Mappings, Motorised Levellings, dan
Lidar Surveys and Mapping, masing-masing di Kanada, Sweden, Amerika Syarikat
dan China. – MalaysiaGazette