Letupan berlaku semasa kerja penggerudian dijalankan berhampiran Jambatan Donnersberger. - Foto Reuters

BERLIN – Empat orang cedera termasuk seorang parah, apabila bom Perang Dunia Kedua meletup di tapak pembinaan kereta api di bandar Munich, Jerman.

Menurut laporan BBC News, pasukan bomba menyatakan kejadian berlaku semasa kerja penggerudian dijalankan berhampiran Jambatan Donnersberger.

Letupan tersebut mengakibatkan operasi perjalanan kereta api di Munich terhenti.

Selain itu, terdapat sebuah jengkaut yang terbalik berikutan insiden terbabit.

Bom perang yang masih aktif seringkali dijumpai di Jerman.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke kawasan itu dan pakar pemusnah bom segera ke tempat kejadian bagi membuat pemeriksaan ke atas sisa bom. – BBC News