Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 515 kes baharu varian dilaporkan dari 25 November 2021 sehingga 2 Disember 2021.

Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) dan Institut Perubatan Biologi Molekular Universiti Kebangsaan Malaysia masing-masing telah mengenalpasti sebanyak 415 dan 46 kes Varian Membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Manakala Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGI) juga telah mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu yang kesemuanya varian Delta dam Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) turut mengenalpasti 10 kes varian Delta.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Mendapat Perhatian (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Secara keseluruhan, sehingga kini, sebanyak 4.432 varian Delta telah dilaporkan di negara ini manakala varian Beta (226) dan Alpha (14).

Kes-kes VOI pula terdapat 20 kes termasuk 13 kes varian Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta. – MalaysiaGazette