Wan Mohd Zahari Wan Busu Kuantan asnaf orphanage strangled to death
Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Seorang pemandu lori menikam bapa kandungnya dengan gunting selepas mendengar bisikan dalam kejadian petang semalam di Taman Sungai Isap Murni, Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommsioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek merupakan anak sulung warga emas telah menyerang dan bergelut di hadapan rumah bapanya sebelum menikam mangsa menggunakan gunting berwarna putih.

“Terdapat kesan  luka di belakang badan dan di bahagian perut mangsa yang merupakan seorang pesara,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Wan Mohd Zahari berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa dan isterinya hendak keluar rumah untuk membeli keperluan dapur.

Tiba- tiba suspek datang menyerang mangsa menyebabkan isteri mangsa turut bergelut dengan anak lelakinya.

“Mangsa dan isteri nampak suspek memegang sebilah gunting warna putih dan semasa bergelut suspek telah menikam mangsa di bahagian belakang badan dan di bahagian perut,” tambahnya,

Menurut beliau, mangsa telah dikejarkan  ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

Difahamkan selepas menikam bapanya, mangsa berusia 40 tahun telah masuk ke dalam rumah dan kemudian melarikan diri.

Hasil uujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai 19 rekod lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman selama empat hari mulai 2 sehingga 5 Disember ini. – MalaysiaGazette