The students from Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya going for Covid-19 screening after an outbreak in the school. PIX: MALAYSIA GAZETTE / MalaysiaGazette / 02 DECEMBER 2021
The students from Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya going for Covid-19 screening after an outbreak in the school. PIX: MALAYSIA GAZETTE / MalaysiaGazette / 02 DECEMBER 2021. Sebahagian pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang melakukan ujian saringan Covid-19 selepas kes jangkitan menular membabitkan guru sekolah, pelajar dan kakitangan sekolah. Foto MALAYSIA GAZETTE, 02 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sepang terus meningkat kepada 139 orang sehingga jam 3 petang tadi selepas 65 lagi kes baharu dikesan.

Daripada saringan terbaharu yang dijalankan sebanyak 43 terdiri pelajar, 13 guru dan sembilan orang petugas disahkan positif, kata Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Sha’ri Ngadiman berkata,

”Jumlah keseluruhan individu yang disaring sehingga jam 3 petang, 2 Disember 2021 adalah seramai 946 orang (849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas) manakala jumlah kumulatif kes positif yang dikesan ialah 139 orang (114 pelajar, 15 guru
dan 10 petugas).

”Kes-kes positif akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, kesemua 139 kes yang positif Covid-19 berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah).

”PKD Sepang dan pihak sekolah bekerjasama rapat dalam menangani kluster ini. Sebarang maklumat terkini Kluster Persiaran Tasik ini akan dikemaskini untuk
makluman umum dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Kes indeks ini merupakan seorang guru di sekolah tersebut yang didapati bergejala pada 22 November 2021 dan disahkan positif Covid-19 pada 24 November 2021.

Hasil saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. BAGAIMANA penularan ini berlaku..Kenalpasti terlebih dahulu pergerakan pelajar,guru serta kakitanggan sekolah.Adakah semua telah vaksin sepenuhnya .

Comments are closed.