UMNO PH Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Mohd Sharkar Shamsudin
TEMERLOH – Pas digesa memuktamadkan pendiriannya untuk bersama Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, Pas masih bermain dalam dua ‘kolam’.

Oleh itu, sudah tiba masanya Pas menetapkan pendirian tetapi bukan mengambil keputusan demi kepentingan sendiri.

“Ketika ini kerjasama antara UMNO dan Pas masih terjalin dan terserah kepada Pas membuat sebarang keputusan dan UMNO sentiasa terbuka dalam soal kerjasama demi kebaikan rakyat.

“Sebab Pas bagitau dia sokong MN, dia sokong juga PN tetapi di Melaka dia tidak sokong kita dia lawan kita,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Lanchang itu berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian pertandingan Datuk Seri Mohd. Sharkar ESport Championship Leaque di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata, walaupun tanpa sokongan Pas, keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka menunjukkan Barisan Nasional dan UMNO masih lagi relevan dan diterima rakyat.

“Jadi tidak boleh waktu yang biasa dia (Pas) sokong, waktu masa hendak pilihan raya dia (Pas) buat keputusan hendak sokong PN.

“Kemungkinan selepas ini,  Pas ke MN pula kerana dia tengok PN kalah teruk di Melaka. – MalaysiaGazette