Kebanyakan pesakit yang dijangkiti varian Omicron Covid-19 mendapat simptom ringan manakala pesakit yang tidak divaksinasi menunjukkan simptom yang agak teruk, kata Pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan (SAMA).- Gambar hiasan. foto The Guardian

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan belum ada kematian yang dilaporkan berikutan varian Covid-19 yang baharu, Omicron.

Ketika ini varian itu dikatakan sudah menular di 38 buah negara setakat ini.

Menurut agensi, Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, ketika ini pihaknya sedang mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu bagi menentukan bagaimana jangkitan itu merebak.

Juga tentang persoalan adakah ia menyebabkan risiko penyakit berbahaya.

“Kita sedang berusaha mendapatkan semua jawapan kepada persoalan semua. Varian ini yang baru sahaja merebak mampu menyebabkan lebih separuh daripada kes di Eropah dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Untuk makluman, ketika ini kes yang dilaporkan varian Omicron ini sebanyak 375 kes dengan 183 dari Afrika Selatan.

Amerika Syarikat dan Australia baru-baru ini juga telah mengesahkan varian Omicron akibat jangkitan tempatan. – Agensi