- Seramai 36 orang korban akibat jangkitan Covid-19 setakat semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 36 orang korban akibat jangkitan Covid-19 setakat semalam.

Daripada bilangan itu, lapan daripadanya merupakan kematian di luar hospital.

Berdasarkan data yang dikongsikan laman rasmi COVIDNOW, kini jumlah kematian akibat pandemik sebanyak 30,574.

Mengikut pecahan negeri, Sabah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sembilan.

Diikuti dengan Pulau Pinang (6), Johor (4), Kelantan (4), Negeri Sembilan (3), Perak (3), Terengganu (3), Pahang (2), Perlis (1) dan Selangor (1) .

Manakala enam negeri iaitu Kedah, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan kematian terbaharu.

Kes aktif terkini pula adalah 62,668 kes.-MalaysiaGazette