Sebanyak 3,701 kes sembuh Covid-19 telah dilaporkan di dalam negara dalam masa 24 jamĀ  lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,894 kes jangkitan Covid-19 yang telah sembuh hari ini dan ia meningkat 965 berbanding semalam.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sembuh dalam negara berjumlah 2,572,053, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu, katanya, sebanyak 4,262 kes positif baharu hari ini, yang mana 98.2 peratus atau 4,184 daripadanya merupakan kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebanyak 463 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 249 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurut Dr Noor Hisham, lima kluster baharu dikenal pasti hari ini.

“Jumlah kluster aktif adalah 234 yang telah tamat sebanyak 5,749 kluster,” tambahnya.

Kata beliau, kadar kebolehjangkitan dalam negara secara keseluruhan pula masih kekal pada 0.98.

Justeru, pihaknya menasihati orang ramai termasuk individu yang telah menerima vaksin Covid-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sebanyak 4, 262 kes positif Covid-19 hari ini