Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak sebulat suara permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes ini.

Tiga panel hakim yang diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang menolak rayuan berkenaan selepas membenarkan bantahan awal pendakwa raya.