Presiden MTR, Mohd Ali Baharom (kanan) menunjukkan laporan polis terhadap lelaki yang menghina Perdana Menteri di Ibupejabat Polis Dang Wangi hari ini.

KUALA LUMPUR – NGO Media Tentera Rakyat (MTR) menyelar tindakan seorang lelaki yang tular menghina Perdana Menteri baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Ali Baharom mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang dikenali dengan gelaran Ali Tinju telah membuat laporan polis mengenainya di ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Menurutnya, dalam video tular di media sosial itu dipercayai seorang lelaki India yang memperkenalkan dirinya Guna Jeremy telah mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat terhadap Ismail Sabri.

“Saya mendapati kenyataan lelaki dalam video itu mengandungi unsur penghinaan terhadap Perdana Menteri.

“Walaupun apa sekali alasannya, dia tidak wajar menghina pemimpin negara sebegitu rupa,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast