Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarah tanah perkuburan Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.- Gambar FB Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Hutang emas boleh dibayar hutang budi di bawa mati.

Itu tulis Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosialnya hari ini bagi menggambarkan jasa Allahyarham Tan Sri Sabaruddin Chik kepadanya.

“Menziarah tanah perkuburan Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik bekas sifu, mentor politik saya serta bekas bos saya sewaktu saya menjadi setiausaha politik beliau di Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan.

BACA: Sabbaruddin Chik meninggal dunia

“Hanya doa yang mampu saya iringi di atas pemergian beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Ismail Sabri turut memuat naik gambarnya menziarahi kubur allahyarham di Tanah Perkuburan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sabaruddin sifu politik saya – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast