Proses pengedaran jubah yang dibuka selama 4 hari bermula pada 2 hingga 5 Disember lalu sempena sempena Majlis Konvokesyen ke 16 UTeM yang akan berlangsung pada 9 hingga 12 Disember ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil inisiatif melaksanakan proses pengedaran jubah kepada graduan secara pandu lalu sempena MajliscKonvokesyen ke-16.

Jubah-jubah tersebut akan dipakai oleh kumpulan graduan bagi Majlis Konvokesyen
ke 16 UTeM yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Disember 2021 melibatkan
sebanyak 8 sesi.

Ketua Pegawai Operasi (COO) UTeM, Masdzarif Mahat berkata, kaedah ini
bertujuan mengurangkan kesesakan fizikal di dalam dewan semasa proses pengambilan jubah seperti amalan sebelum ini.

Jelasnya, kaedah ini adalah selari dengan amalan norma baharu yang mana dapat
mengurangkan kontak secara fizikal sesama graduan sewaktu pengambilan jubah
bagi tujuan persiapan mereka.

Kaedah baharu ini sememangnya memberikan kemudahan kepada kumpulan graduan, dapat menjimatkan banyak masa di samping meningkatkan keberkesanan operasi UTeM kerana ianya mengambil masa selama dua minit sahaja edaran bagi setiap graduan.

Graduan dikehendaki memilih saiz jubah di dalam sistem yang dibangunkan
dan seterusnya mencetak slip permohonan tersebut seterusnya menyerahkan slip
permohonan jubah kepada petugas semasa proses pengambilan jubah.

“Kumpulan graduan tidak perlu turun dari kenderaan masing-masing kerana petugas
akan menyerahkan jubah, pas masuk, pas kenderaan dan cenderahati kepada
graduan,” kata Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UTeM, Sahhizam Maamin. – MalaysiaGazette