Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan 13 lagi kluster baharu virus Covid-19 yang menjadikan jumlah kluster aktif ketika ini adalah 245 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, daripada 5,020 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 87 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Bakinya iaitu 4,933 kes atau 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes baharu itu membabitkan kes import sebanyak 17 kes iaitu 14 warganegara dan tiga bukan warganegara manakala kes tempatan adalah 5,003 kes,” katanya satu kenyataan harian mengenai Covid-19 di sini hari ini.

Noor Hisham menambah, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 428 kes iaitu 359 kes disahkan Covid-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 237 kes di mana 159 kes disahkan Covid-19 ; 78 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu, Nilai Kadar Kebolehjangkitan (RT) di negara ini adalah 0.99.

Beliau berkata, negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Perlis dengan nilai RT 1.13 diikuti Labuan yang mencatat nilai RT 1.06 dan Melaka dengan nilai RT 1.03.

Ujarnya, tiga negeri yang mencatat nilai RT terendah adalah Sabah sebanyak 0.9, Putrajaya (0.87), dan Sarawak (0.71). – MalaysiaGazette