Dewan Rakyat Members of Parliament MP Speaker The government has agreed to advise Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah to hold the Third Term of 14th Parliament Sitting for five days from 26 until 29 July
Sidang khas Parlimen mengenai RUU Anti Lompat Parti bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia KKMM.

Perkara itu diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan tersebut membabitkan peruntukan berjumlah RM8.88 juta bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Belanjawan 2022.

RUU tersebut dibahaskan oleh seramai 23 Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa berkenaan. – MalaysiaGazette